Friday, June 10, 2016

mencuba

aku sering kecewa kali pertama
lalu aku cuba kali ke dua
kadang kali ke tiga
atau sampai aku tak lagi daya
mungkin itu cuma
Allah mahu aku terus mencuba

Thursday, June 9, 2016

bersalah

selamat tinggal sang cinta
sedetik jarak masa kita bakal berpisah
moga kau tak lagi resah
tiada aku yang sentiasa bersalah

jangan

selamat pulang
saat saat yang bakal hilang

andai kembali jelang
jangan panggil aku sayang