Wednesday, December 7, 2011

bicara tanpa suara

sukar untuk mendapat kepastian dari yang tak pasti
bermain api sampai hangus jadi debu
harapkan cahaya di balik gelap gelita
kekal di ruang kosong yang kian menyempit


ku kenal renungan itu
sayu dari jauh menanti pulang
makin sarat takungan itu menampan beban
titisan demi titisan gugur jua tika kerdipan tuk kesekian kali


ku tahu kau derita kerana itu
hanya mendengar tak mampu tuk merasa
bisa ranap jika sendirian menepis jerih-perit itu
senyuman terukir kelihatan tawar namun meyakinkan


ku hanya mampu melihat
tiada upaya bicara kencang
hanya hama yang hinggap menitipkan semangat
ku bukanlah angin taufan yang bisa merubah haluan


namun andai esok atau lusa
tika semua insan melangkah jauh pergi
tiada pujian hanya serangan tomahan datang bertalu
si hama ini akan kekal setia di sisi


wassalam ~ 

Monday, November 21, 2011

kesengsaraan itu



ku amati bait-bait kata itu
lama renungan dilemparkan tanpa jemu
hingga hatiku terasa seolah dijentik
tiada rasa sakit namun kesannya menggetarkan jiwa


jentikkan itu buat ku terpana sejenak dua
lantas otak giat mengerah segala sistem yang ada
mencari duduk benar bait-bait kata itu bersembunyi
ternyata tiada cacat cela yang ketemu cuma realiti


bicara soal realiti pasti ada rencahnya
tidak seindah khayalan ciptaan semata-mata
harus berani cuba menarik dan menerima bukannya menolak
jika tidak sepilah bahagia tanpa hadir sengsara pada awalnya


tiada siapa menagih sengsara datang bertandang
jika selembut tiupan bisa merebahkan hingga terkulai layu
masakan dapat berdiri malahan berlari tika angin taufan mengganas ?
bukan niat mengangkat diri namun mengapa takut andai Dia ada


segala apa yang datang dan pergi jelasnya dari Dia
tak guna berendam lautan air mata sia-sia
hikmah yang berselindung tak kita ketemui hingga termaktub waktunya
mohon padaNya agar dihanyutkan derita yang mendewasakan


hari esok atau lusa apakan ditemui
jauh dari lalai untuk sentiasa dalam siap siaga
kekuatan harus ada untuk melangkah dari tersungkur tertiarap
kesenangan dan kesengsaraan datang silih berganti


tugas kita hanya menerima seadanya 
bukan untuk menyalah atau mengalah

Tuesday, November 15, 2011

ku rasa


pada dasarnya aku sendiri
aku selesa sendiri
gembira ?
atau sengsarakah ?

apa sebenarnya yang aku inginkan ?
aku butuh seseorang
yang bisa meniup kekusutan ini hingga terlerai
untuk hentikan segala pendustaan ini


egoku menidakkan rasa
menyatakan ku layak sendiri
menyingkir diri dari kejauhan
tak ingin ku terus begini
bisa hancur lebur
andai dibiarkan resah gundah ini membakar

siapa dia ?
sila tonjolkan diri
aku tak nampak
usah berselindung. tampil ke hadapan
tiada teragak untuk aku terima 
benar sukar menagih kasih
untuk aku mencari dan bertemu
apa tidak layakkah aku untuk itu ?
jika benar ketemu
akan ku hargai dia
datanglah
ku rayu dalam sendu

mimpi



ku ingin bermimpi
memetik kerdipan bintang-bintang bercahaya
hadirnya kala mata terpejam kejap


ayuh malam datang ke mari
tak dirindui kunjungan siang
biarkan saja mimpiku terus berlayar


andai bisa bila mata ini terbuka
aku tetap kekal dalam khayalan
terus bebas aku dalam mimpi yang palsu


tak kira manis, pahit mahupun kelat
ku senang begini dari nyata
kerna ku tahu kebenaran disebalik mimpi itu


dikira pengecut kiranya aku memilih begini
lari berselindung di sisi kelam
namun ku rasa tak salah jika begini


mimpi usah berlalu pergi
hapuskan sarang sepi ini
ku rayu


Friday, November 4, 2011

si hitam pekat

hei kau
berjuta kawan pon aku tak hairan
aku ada kau si peneman setia


aku mahu kau
selalu dekat tak pernah jauh
bersama kita membentuk jadi satu


aku lari
suka pula kau kejar
ku usir tetap tak berganjak


kau hilang
di telan gelap dunia
namun ku tahu kau ada bersembunyi


aku tiada
kau juga turut tiada
hilang ghaib tiada jejak di bumi


kau rela
andai dipijak-pijak
padah layak untuk si penghendap


temani aku
satu pintaku dari mu
wahai si bayang-bayang



Wednesday, November 2, 2011

manis rasa pahit itu



cukup itu
katamu tajam ngilu
hatiku lembut
berhenti ku pinta 
jangan disentuh rasa itu
jangan kau seksa
aku tak rela


niatmu baik
aku tahu itu
salah aku
asalnya segala salah aku
aku tak layak meminta
menerima jua ku tak mampu
aku sedar diri siapa


maaf
andaiku pinta sendiri
hapuskan semuanya
biar kau rasa pahit
jangan kau kenang manis
kerana aku tak mampu memberi itu
aku layak lenyap


bodoh
acapkali ku ucap
jemu didengar kata yang satu itu
tak mahu ku ubah
biarkan kata itu bebas
meniti di hujung bibir
temani orang seperti aku


sudah
terus langkah kencang
usah ditoleh
malahan menjeling jangan
usah dicemari pandangan
lebih cocok tutup saja
dari jijik melihat aku


andai dapat
jauh aku dari itu
aku tak pinta namun ku rela
lelah ku tarik gunung
tuk dijadikan jurang pemisah
rela dibanjiri keringat
agar terus hapus jadi mati


sedih
bukan itu maksudku
dibilang jangan berkali-kali
aku keras tuk tunduk
elok saja terus kaku
jangan cuba menabur benih
biarkan saja ia layu 


tiada kata
bisa merungkap rasa
hanya mampu berselindung
tak ingin rasanya ku hebah
akan ia kebah sendiri
ku tegar teruskan begini
biar ku sedut racunku sendiri

Tuesday, November 1, 2011

cinta sucikah jika begini ?

kelmarin tengok cover surat khabar kat kedai terpampang kes khalwat


hari ni baca surat khabar ibu bapa tak sedar anak gadis mereka dah mengandung


esok makan nasi lemak yang berbalut surat khabar ternampak berita pasal buang anak


lusa baca surat khabar on9 berita sal remaja bunuh diri kerana kecewa cinta didustai

haishhh,inikah yang dikatakan cinta sejati ?
sanggup lepaskan semua demi mempertahankan cinta suci
tapi tak nampak pulak kesucian cinta itu sendiri
apa ertinya cinta andai tergadai maruah diri 
menuruti nafsu serakah hingga tertutup mata hati
syaitan akan terus melekat.membisikkan kata hasutan
nikmat uhh kapel.rugi sapa tak kapel
emmm, rugi sangat ka ?

bukanlah cinta suci kalau dari awal dah salah
kalau serahkan cinta pada laki yang bukan sah lagi suami kita
macam ni lah jadinya. tipula kalau dah penah test power pastu janji nak kawen
semua orang nak yang baru.kalau dah terkoyak susah dah nak tampal balik.dah susah nak laku pon kalau jual
laki yang jahat pon pandang pompuan baek ja
"tapi dya dah janji tak tinggal aku.dya x kan wat camtu bab dya syg aku"
wellaah,yang bodoh g caya sapa suruh.
baek sangat la kalau laki tu terima kandungan tu dengan hati terbuka
tapi laki camtu satu dalam seribu ja.susah oh nak dapat
watpa nak susah-susah bertanggujawab sedangkan tak ada ikatan yang sah pon
alah, kapel ja pon.bukan kawen lagi.anak tu pon kalau hidup tak diterima masyarakat..jadi bahan cemuhan hidup pon menyusahkan ja baek bunuh 

haa,tula kan.buat pandai tak penah lak nak pikir akibat yang bakal mendatang
bila dah nampak hasil dari projek yang diusahakan selama ni
mula la mengelupo nak tutup malu.last-last gugur kandungan tak pon tunggu bagi jadi manusia dulu.boleh buang bagi anjing jalanan makan.bila pihak berkuasa dah jumpa boleh la baby tu femes seketika masa tv n surat khbar even dah jadi mayat.

ya,cinta itu dianugerahkan oleh Allah kepada manusia
memang rasa cinta itu hadir tanpa dipaksa malahan tak bisa dinafikan kerana kita manusia memang diciptakan untuk saling memerlukan..Allah bagi rasa sayang ni untuk kita umat manusia membentuk satu keluarga seterusnya melahirkan zuriat dan membentuk komuniti manusia untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi.kalau tak da rasa cinta, tak da la kita atas dunia yang fana ni.cinta itu indah,namun jangan kita terlalu lalai dibuai keindahan sehingga lupa tujuan asal cinta itu dicipta.

mengapa harus cinta yang lebih diagung-agungkan dari Allah ?
mengapa harus bermati-matian demi cinta sesama manusia bukannya cinta kepada Si Pemberi ?


yeaah,cinta bukan tujuan.cinta hanya jalan

Sunday, October 30, 2011

Welcome to Facebook

assalamualaikum !


weeeehuuu~  ok laaaa. aku pon bosan asyik bermain kata ja
ayat-ayat pon cam dak tadika baru belajaq menulis ja.uhuk !
Ok, stop sat.meh la kita masuk slog meroyan plak

aduh ! aduh ! 
2 bulan lagi uuuhhhh~ uwaaaaa
fine lah. semua orang suka cuti lama-lama ni. aku sorang ja tak
untunglaa orang yang cuti cuti ni boleh kerja cari pengalaman
jalan jalan round satu dunia tak lekat kat rumah
iyeeeeeeeeee yeee. saya tahu saya ni tak bersyukur
orang cuti la best leyh rilek goyang kaki tak yah pikir sal stadi semua
tapi lau setiap hari aktiviti sama ja memang tipu la lau cakap tak bosan derr~

ok dah, cakap sal bosan ni sampai sudah tak abis
uwaaaaaa.sekarang pon ngah bosan ni haa
suma orang dah light off. aku sorang ja terang benderang lagi.hikhik
tapi la kan.untung jugak la bosan-bosan ni. pandai pulak aku nak memanfaatkan fesbuk ni
dulu asyik sign in, usha notification, balas sana sini, g usha wall orang pastu logout 
uwaaah~ uwaah~  memang semata-mata bukak fesbuk jala.haha


dulu orang share macam-macam sal ilmu agama
pengajaran hidup n so on
tapi aku wat dekkk jaa..haha

malas pulak aku nak p klik button see more.haishh, aku ni rajin juz malas nak tunjuk.hikhik
tapi sekarang semua benda aku selongkaq.aaa, aku usha yang menarik minat hati n minda  ja sebenaqnya.hikhik
ok la jugak an fesbuk ni.boleh menyebarkan dakwah islam.walaupon ada timbul isu orang kafir nak meracuni fikiran kita tuk lalai ngan laman sosial ni.tapi kalau pandai guna n amek kesempatan tuk sebarkan dakyah islam kira ok apa.eh kemon lah, kita orang islam buat cara orang islam.kalau kita ikut cara orang kafir memang kafir lah jadinya.jangan asyik nak menunding jari sedangkan diri sendiri yang salah.lagi senang macam ni.dah sah-sah la sekarang zaman era teknologi tinggi melambung

semua benda nak on9 ja.dah terang-terang sekarang memang susah la nak tengok anak-anak muda p dengaq ceramah kat masjid or surau.(termasuk aku)hikhik..memang tak dinafikan jugak bukan semua yang kita share ni orang baca.asal tengok alim-alim sikit buat-buat tak nampak, tengok yang berunsur teguran sikit dah melenting, tengok artikel pasal kesedaran sikit mula nak tutup mata.

apa kelas derr baca benda-benda yang membosankan tu suma
baek layan latest video clip dari tengok video ustaz berceramah
cuci mata usha pic awek-awek cun n jejaka kacak lagi bagus
bikin status gempak-gempak pastu tunggu orang like n komen baru hebat
add friend pon dengan orang hot-hot ja suma
yang bertudung litup, berserban tak nak plak add

haa,biasa la tuu. aku pon macam ni dulu.asyik nakkan hiburan ja
sampai aku dah mensia-siakan ilmu yang berlambak orang share.aku sebenaqnya segan nak add insan-insan yang boleh diiktiraf sebagai ustaz ustazah ni.terasa kerdil ja bila tengok depa keluarkan hujah beserta dalil-dalil quran.tapi tu bukan halangan.banyak ja page-page yang berfaedah tuk dilike.kalau camni tak da la orang perasan aku..wellaaah,hendak seribu daya, tak nak seribu kalis peluru.haha

jangan segan-segan tuk berkongsi kebaikan. pedulik la orang baca or usha ka tak
orang nak cakap bajet bagus or alim. yang penting niat
macam aku ni dulu-dulu pon mana amek kesah
tapi bila dah lama-lama tengok input-input yang dah tersedia tu
tergerak pula hati aku nak amek tau
batu yang keras pun lama-lama bisa dilunturkan juga oleh air yang lembut
orang kafir pon boleh jadi islam kalau tunjuk contoh yang baek
ni tidak, asyik nak maki hamun, mencarut sana sini.
eh sudah la derr..tak cool pon. kolot ada lah
jangan kita terpengaruh. biaq kita yang mempengaruh

yeaaah~ dats ol.
tiada apa yang berubah andai kita tak merubah



Saturday, October 29, 2011

peroleh kepercayaan

rasa terperap dibiarkan saja
gigih mencari sekelumit keinginan
keinginan kepada kepercayaan
namun respon yang diberi cuma dingin


pelik aku dengan kerenah sendiri
sanggup merempuh belukar hingga terseret duri
mengaku kuat sedangkan tak bisa berdiri
sakit terseksa tanggung sendiri


apa salahnya andai dibuka sedikit ruang
tak rugi walau sezarah pon malahan bisa untung
namun mengapa harus ego yang lebih penting
biar genting asalkan ego tetap menang 


banyak halangan yang harus ditempuh
persoalan yang timbul semakin utuh
makin asak disoal makin tersasar langkah
ibarat angin lalu. aku tetap tak percaya


bukan mudah mengubah cara
andai tak kena pada gaya
lain yang dicari lain yang mendapat


esok belum tentu kekal begini
tak ke mana andai terus di sini
segalanya harus diubah membentuk strategi
namun tak mudah andai tak punya bukti


apa yang didambakan cuma satu
bukti yang menawan hati supaya setuju
andai bukti itu kemas digenggam padu
maka tidak timbul lagi rasa tidak tahu


andai terungkai tidak tahu itu maka timbullah kepercayaan

Friday, October 28, 2011

sudahkah terjawab ?

aku bingung mencari jalan


sesat dalam cahaya yang melimpah ruah


ingin terus ke hadapan tiada yang menanti


ingin menoleh ke belakang tiada yang tertinggal


derapan kaki menerjah ke segenap pelusuk


terasa kekosongan ini harus segera diisi


ingin rasanya mengunjur tangan tuk menggapai mimpi


namun ku tahu tak siapa sudi menyambut


inginku menjerit menunjukkan protes


namun ku tahu hanya gemaan yang menyapa telinga


haus aku haus. bisa kontang aku jika terusan begini


perit rasanya menanti setitis dari lautan yang menjauh


sepi aku sepi. tak berteman hanya kosong


benarkah aku sebenar-benarnya tak berteman ?


ataukah itu semua hanyalah sekadar alasan ?


alasan untuk aku terus jauh tersasar dari jalan asal ?


ya, aku salah. maaf aku bodoh


tertipu dek kepalsuan selok-belok hidup


buta aku mencari yang tak pasti


menagih pada yang tak berhak adalah sia-sia


mengapa harus aku menjauh andai Dia sentiasa di sisi ?


aku memesongkan yang pada asalnya lurus


aku mengaburi yang pada asalnya jelas tak terlindung


malu aku kerana leka tika diulit kemanisan


malu aku kerana menyoal kepahitan yang menimpa diri


tidak bersyukurkah aku atau aku cuba lari dari arah bertentangan ?


Allah ada dan setiasa ada tika diri ini masih mencari-cari


masih mahukah aku mencari jalan lain ?

Monday, October 24, 2011

KAU

kau adalah kau bukan aku


kau bukanlah bayangan yang selalu terlintas di fikiran


namun kau orang yang selalu aku dambakan tika dalam kesulitan


ingin berlembut dengan kau jauh sekali.aku tak biasa malahan kekok


tutur bicara tak pernah menyenangkan.masing-masing mahu menyakitkan hati


namun andai diri aku jatuh tertiarap.aku tahu kau ada untuk menyambut


melenturkan aku yang sedia keras ini amat payah namun kau berjaya mengatasi


suka untuk aku mengarah kau buat itu ini ibarat bos membuli pekerjanya


aku tahu terkadang kau muak dan jelik dengan perangaiku yang buruk


namun tak pernah pula kau mengungkit walaupun aku tak menghargai


setia kau mendengar setiap keluh kesah aku yang tak berpenghujung


setiap detik mengadu kecewa sedangkan hati kau juga terguris di saat itu


sering aku ambil mudah dengan kesedihan kau kerana terlalu syik berkongsi


entah mengapa dengan kau aku bebas menguarakan suara hati


segalanya ingin aku muntahkan hingga tak tertinggal sedikit pun sisa


sepi kiranya hari-hari ku jika tiada perbalahan di antara kita


kau ibarat si adik yang menagih sepenuh perhatian dan belaian manja


namun bisa jua menjadi si kakak yang tegas dengan pendirian dan teguran


tak perlu rasanya untuk aku nyatakan rasa ini kerana aku yakin kau sudah tahu


bahawa aku tak menyayangi kau malahan membenci tidak sekali-kali

Sunday, October 23, 2011

rindu bertandang

indahnya di saat berjauhan

rasa yang dulunya tiada. kini hadir melingkari segenap jiwa

sakitnya merindu. manis juga terkadang

seakan ingin menggadai emas permata andai bisa terulang

detik manis terukir indah kini tinggal memori untuk dikenang

terkadang senyuman terukir di bibir saat mengenang coretan kisah hidup

suka duka bersama insan-insan yang bergelar sahabat

rasa kasih hadir tanpa dipaksa bila hati budi diselami

semua berbeza tiada yang sama walaupun rambut sama hitam

namun kepelbagaian itu lebih bermakna bila dikongsi

kini jurang masa dan jarak memisah namun di hati tetap teringat

sekadar memerhati dan mendengar perkhabaran dari jauh

mana mungkin bisa ku hapus rasa ini. usah dipaksa.kerana aku tak rela

siapa kita ingin menentukan pertemuan dan perpisahan

andai tiada perpisahan. tidaklah rasa ini hinggap di sanubari

biar ku sedar akan erti nilai sebuah persahabatan

tak bisa dijual apatah lagi hendak dibeli di mana-mana

usah mundur kerana perjalanan jauh sudah terbentang luas di hadapan

langkah kaki harus diteruskan bersama ingatan yang tak pernah padam

kepada insan-insan yang bergelar sahabat

Saturday, October 22, 2011

bodoh

definisi bodoh itu adalah bodoh


kalau dari awal tahu akibatnya tapi buat juga itu namanya bodoh


tak tahu kenapa kebodohan itu berlaku itu namanya bodoh


kalau lemah tapi berlagak gagah itu namanya bodoh


buka ruang untuk sesuatu yang bodoh itu namanya bodoh


bila tutup mata hati rapat2 itu namanya bodoh


percaya benda palsu yang jelas2 menipu itu namanya bodoh


tak jujur dengan diri sendiri itu perkara paling bodoh

Friday, October 21, 2011

pasti tiba

apa yang kekal..Allah..yang selebihnya fana


dunia hanya singgahan bagi kita manusia sebelum tiba ke destinasi terakhir akhirat


hidup di dunia mati. hidup di akhirat kekal abadi

hidup di dunia banyak hiburan.hidup di akhirat penuh seksa derita

hidup di dunia bongkak ingkar . hidup di akhirat sepi tiada amalan menemani

hidup di dunia tak kenal Allah. hidup di akhirat neraka menanti

hidup di dunia kufur dengan nikmat. hidup di akhirat tiada syafa'at

umat akhir zaman.dah cukup membuktikan bahawa dunia sudah usang
semakin maju dunia.semakin hampir ia dengan kehancuran

tiada lagi keperimanusiaan.sifat penting diri mula menjalar dalam diri
berlaku pergaduhan,tumpahan darah setiap kelipan mata.tiada lagi istilah persaudaraan
tak ada yang endah dengan tanggungjawab menjaga keamanan

hidup mencari wang untuk kemewahan fana sehingga terabai mencari bekalan abadi
menghalalkan yang haram perkara biasa jika pangkat, nama dan harta menjadi buruan
lagaknya seperti dunia ini selamanya kekal tiada penghujung

beban yang amat berat untuk anak-anak menjaga ibu bapa yang sudah uzur.
sabar si ibu dan bapa mendidik si anak dengan harapan soleh solehah
bagai menatang minyak yang penuh namun herdikkan,cacian, hinaan sebagai balasan di hari tua

masjid-masjid didirikan gah namun yang datang beribadah cuma secubit tak terasa
ada yang hadir meninggi suara bercerita tentang duniawi yang tak berkesudahan
di hati mereka-mereka hanya keseronokkan melalaikan sehingga terlupa kewujudan Pemilik Rumah

tempat hiburan lebih berkali ganda banyaknya pengunjung jika nak dibandingkan dengan rumah ibadat
mencari ketenangan kononnya dengan melanggar syariah.kolot jika bersujud menadah doa pada yang Esa
sedikit ujian cukup menyelewangkan akhidah akibat daripada pegangan yang rapuh

maksiat kini perkara biasa.muak, jijik, kecewa membaca berita manusia yang tak tumpah seperti binatang
peduli apa mereka andai islam melarang,mereka punya hak sendiri untuk hidup
sekali bala datang tak diundang baru timbul kesedaran namun hanya sedetik cuma

belajar jauh merantau hinggakan terkadang sampai ke hujung dunia
mengharapkan perhargaan yang menjulang tinggi di mata manusia
bermegah dengan kecerdikkan yang diberi pinjam sehingga terpesong dari landasan lurus.

tanda-tanda kecil sudah jelas dipertontonkan kepada kita
masih perlu tunggu tanda-tanda besar baru mahu bertaubat ?

kiamat pasti tiba. kita hanya menanti tiba saatnya

Thursday, October 20, 2011

kata hati

lihat di sini gah                                                                                           memandang jauh ke sana juga gah

isu-isu hangat dikupas sehingga ke isinya.sedikit diskusi sudah membuat hati tertarik

sedang aku hanya menjual kisah hidup seorang gadis membosankan.hanya sampah dari pandangan mata

jauh bezanya tikus dengan gajah

siapa yang mahu memandang ke bawah melihat si kecil hodoh

mereka lebih selesa mend0ngak ke atas melihat si besar bergaya

aku adalah aku yang asalnya adalah aku

tak pernah berubah mungkin sedikit tapi yang kekal tetap banyak

tak perlu bertopeng andai itu bukan kemampuanku

lakukan sesuatu bukan kerana pengharapan namun kerana kepuasanku

usah timbul rasa terikat kelak hilang kebebasan.

dats 0l.hikhik

Wednesday, October 19, 2011

perlukah ?

maaf


aku buta tuk menghargai


b0doh


aku memang tak menafikannya


benci


aku kerana terus membenci


wajarkah kemaafan diberi di atas keb0dohan aku yg terus membenci ?

DIA

siapa kata berkawan hanya dengan perlu berjabat tangan..mendakap mesra

aku punya kawan

namun tak pernah bersua di awal perkenalan.tiada sentuhan dirasai.namun kami erat.

siapa kata berkawan hanya dengan bertentang mata.berada s0lid tegak di hadapan.

aku punya kawan

namun hanya dengan memandang di screen lapt0p.kehadirannya tetap hangat dirasai

siapa kata berkawan hanya dengan menutur kata indah.mencipta detik manis tanpa gundah

aku punya kawan

namun tiada benteng memisah antara gembira dan derita.luahan rasa dibahagi sama rata

siapa kata berkawan hanya dengan berk0ngsi sama jiwa.semua pendapat seharusnya selaras

aku punya kawan

namun kami punya dunia yang berbeza.bukan penghalang untuk tetap utuh bersatu

siapa kata berkawan hanya dengan temp0h masa yang lama.itulah sahabat sejati

aku punya kawan

namun bersua hanya sekali dua.hanya sedikit masa melahirkan rasa kasih tulus kepada s0rg sahabat

siapa kata berkawan hanya dengan melihat kelibatnya di dunia nyata.barulah timbul rasa sayang

aku punya kawan

namun hanya alam maya saksi persahabatan ini.rasa sayang tetap ada malahan makin dalam saban hari

siapa kata berkawan hanya dengan menadah telinga mengiyakan setiap kata2.wah,pendengar setia

aku punya kawan

namun tiada telinga dipasang mendengar resah gelisah.hanya hati memahami setiap butir bicara

siapa kata berkawan hanya dengan sentiasa mencari salah sehingga menutupi segala kebaikan.menimbulkan pergaduhan

aku punya kawan

namun kami tak sempurna ibarat insan terpilih.aku punya eg0 tinggi tak pernah mengalah namun dia sabar walaup0n terkadang tidak sepatutnya

siapa kata berkawan hanya dengan melihatnya tersenyum.kita menganggap kebahagiaan di pihaknya

aku punya kawan

namun senyuman sering dilembarkan dia.manis tapi aku simpati di atas kepura-puraannya

siapa kata berkawan perlu mengeluarkan suara merdu.di0lag bicara itu penting

aku punya kawan

namun hanya keyboard pengganti sumbang suara.bicara kami tetap lancar hinggakan terkadang leka masa berlalu

welllaaaaaaah,dunia dah maju sekarang
jarak,masa, bukan pengukur
walau apa p0n.anda sahabat saya Nurul Kamila Bahari

Tuesday, October 18, 2011

kem0n lah !


rasa hati hampa remuk x bertaut
dikenang sakit dibuang resah
pandangan sepi terl0ntar haus
jalan mati kini tercatat kemas

menagih kasih tak kunjung tiba
perit di jiwa tiada gambaran
suara-suara hebat mel0ntarkan hujah peransang
namun tak bisa menampal luka tertusuk

sukar menghapus jejak lalu
masih terbekas merah mengalir
setiap titisan mengukir kebahagiaan
kini kering k0ntang terlukis ngilu

terduduk lesu lelah mencari erti
ke sana sini k0song tak terisi
merungkap kata tak berbalas
dinding tegap setia menemani

namun gundah bukan titik ukur
untuk terus merintih menyiksa diri
tiada nilai hidup jika tak dipalit derita
hambar sepi tanpa ikhtibar

disesali n0stalgia lalu jangan 
andai dicuit sedikit melatah terlentang
usah mendabik dada menyuarakan itu ini
jika diri tewas pada yg lemah

usah diasak segera memadam
temp0h diberi tiada had tertentu
es0k lusa atau bila-bila tidak menjamin
biarkan ia mengalir ditelan arus sendirian

bukan selamanya tertimbus jatuh
waspada harus ada kerana itu
putus asa bukanlah alasan menyerah
kerana masih menanti kasihNya yang meluas


wahai teman.

berdirilah kerana kebiasaanmu
gagah mengibar bendera kemenangan
kerana kini dirimu bisa bebas
menghadap tuhanmu yang Esa