Tuesday, May 29, 2012

Allah tahu

seringkali niatku dijolok songsang
mungkin terlalu asing dari lensa normal
bersimpang siur tomahan datang hinggap
ku tepis seupaya menghampar dada seluas langit

tamparan soalan ku balas dengan sepi
segera dibunuh segala kegusaran yang meratai
ku sirami benih dengan air kesabaran
moga terhindar dari anasir perosak

terentap kaku tika dihujani hujah karut
tak bererti bendera putih sudah siap digenggam
biar bisu dari lidahku tajam menusuk hati
bebaslah kalian memuntahkan kata nista

hakikat manusia tidak kenal akan erti puas
sudah ditampal, di sana pula rabik
kerana leka menelanjangkan luaran hingga tertimbus yang dalam
jelas bukan pandangan itu yang harus dineracakan

Jangan harap orang memahami kita. Asalkan sentiasa di laluan yang benar. Teruskan saja. Allah tahu.


Sekian.

Thursday, May 24, 2012

merapu mungkin

Assalamualaikum 


setiap hari buka fesbuk. asal connect dengan internet terus muka buku itu juga yang dicari


maka benarlah pepatah yang berbunyi makin dikunjung, makin meluak rasa jemu
pepatah gua buat sendiri la ni. kohkoh. namun begitu, masih jua di log in nya juga. seperti ada yang tak kena. ada dadah barangkali.
armm, tapi sejak dua tiga menjak ni kan. fesbuk sebuk ja suruh gua tukaq ke timeline. ahh nevahhh. sepertinya serabut saya melihat susun aturnya. teratur tapi still serabut. guano tu. armmm lagi


gua tak ada modal nak merepek sebenaqnya. saja ja bersantai kat sini. kawan gua pesan jangan nak Bahasa Melayu baku sangat lah kan kat sini. ok hamba turuti kehendak beliau.


ayuh masuk ke bab baharu pula, 
setelah dimanfaatkan matematik dalam kehidupan harian. lebih kurang 3 bulan juga saya cuti. wah, lama la juga. untunglah bagi mereka yang dibenarkan bekerja dan rugilah bagi yang tak berkesempatan seperti saya. maka timbullah rasa bosan di jiwa yang sunyi. oleh itu saya rasa seperti ingin menulis novel lah. semoga berjaya hendaknya. insyaAllah, doakan saya. 


segala sudah tersurat. byeee


gambaq takdak kaitan 



Tuesday, May 22, 2012

Egois

Assalamualaikum. 
yah, entry ni sebenaqnya inspirasi daripada lagu Egois Mestica. aku suka lagu nasyid. sebab lagu nasyid puitis dan membawa kepada kebenaran. lagu lagu cinta puitis juga tapi melalaikan. tu pendapat aku lah. haa, ni lah lirik yang telah diolah. bosan cuti cuti ni. so ni la keja aku :B 

persis sang merak mengibar megah sayapnya
pesonanya memukau mata si pemerhati
atur langkah berbaur keangkuhan
dada ke angkasa tak entang di bawah

tampak gah 
namun kau tak mampu terbang ke awangan
sendirian bernaung di bawah keindahan maya
bijak sembunyi kesunyian yang kau rasa
tutup mata telinga dari kebenaran yang nyata

sanjungi ego
enggan peduli tuntutan rohani meronta sayu
hitam hati dicemari warna keruh kealpaan
kau tak peduli segala yang ditunjuk Ilahi
selamanya ketenangan takkan kau hirup

sedarlah bahawa
kilaunya yang kau agungkan pasti kabur
kan gugur bersama tiupan angin senja
hanya iman dan taqwa jadi taruhan
saat mata terpejam rapat menanti perhitungan


wassalam . 

Monday, May 21, 2012

satu janji

usah kau terasa sunyi 
menyepi tak bermakna ku tak di sisi 
ternyata bukan dirimu saja yang merasai
aku turut sama namun ku pendam sendiri


tak pernah ku lupa janji kita
kau dan aku tetap bersama
semakin jauh rindu terasa
bukti tanda persahabatan setia


masa yang beranjak tak akan berulang
jelasnya kenangan itu untuk dikenang
hapus air mata yang bergenang
seiring cipta di hadapan lebih girang


ayuh sentiasa ukir senyuman 
semoga penuh dengan bekalan manisan
kerana di saat pahit merajai perasaan 
manisan itu dijadikan ubatan


ku tak pinta sebarang balasan
omongan indah ditutur bukan alasan
kasih sayang itu bukannya paksaan
ikhlas lahir dari hati seorang insan

hei awak, nahhh ni entry tuk awak. my P senget forevahhh :B







Saturday, May 12, 2012

kenangan


hai

susah betoi jadi budak aed ni
time bz penat nak mati
time free bosan nak mati

weekend ni tiap ari bangon koi 3 lebih
haoiyooo. sipi sipi ja lagi nak terlepas zohoq 

tak rela ku ucapkan
hanya mampu melihat kau pergi
ku lindungi sebak di dada
berpura melepaskan kau 

sederap langkah ku gagahi
kini aku yang baru
padam semua cerita lama
pena ku genggam utuh

buku lama ku tutup rapi
helaian baru dibuka 
perlahan ku coretkan 
kisah yang segar tanpa kau

untuk apa ditangisi lagi
kau tidak layak untuk itu
tak guna aku terus menanti
kerna jelas kau takkan kembali

'kau' yang aku maksudkan ni kenangan. bukannya orang. hihi. dats ol. bye. 


Tuesday, May 8, 2012

AED

assalamualaikum pembuka bicara

pah cerooh formal aku kat sini. ehemsss
sebagai student Architecture and Environmental Design.
jangan mimpi nak tidoq cukup. sebab mang tak sempat nak bermimpi pon
tapi kalau nak layan movie sampai lebam boleh la
sebagai tanda balas dendam lepas usai semua projek wa task
macam aku sekarang. no exam no test.
yess. heaven oh ohhh.
haa, sampai part ni course course lain mesti bebulu ja ngan kami
hingaq nak mati
well, orang merdeka lagu tu lah lagaknya. haha
ok. tiba tiba asa nak promote course aku malam ni
let see the advantages

Elaun extra di awal sem 1. tapi tak setanding duit abes beli barang.
Perah otak cari idea bukannya formula. bebas dari kalkulator .
Boleh espresikan diri. projek melambangkan peribadi.
Mata panda all the time. x perlu bantuan celak lagi.
Tak perlu buku tebai tebai. usung board ja ke sana ke mari.
Tambah pahala jadi alarm gerak subuh. akibat stay up pah ceroooh.
Bangunan semuanya dijadikan rujukan. sambil shopping pon boleh cari ilham.
Katil sentiasa empuk. di hadapan mata namun tak bisa disentuh.
Tatang model yg besaq kedabak dengan penuh bergaya. sampai tak muat lift . 
Selagi tak cecah tengahari tak nampak batang hidung .perkara biasa.
Kekal putih berseri. jarang kena pancaran matahari kat padang.


ekceli aku pon dah konfius ni advantages or disadvantages.

tapi walau segetir manapun harus ku tempuh. course ini tetap di hati
kohkoh. dats oll. bye 



Thursday, May 3, 2012

Tiada

ku kira ia ada di hadapan
langkah ku atur pantas
sejenak aku terpaku membisu

menoleh ke belakang
setapak demi setapak ku mundur
fikiran kembali waras

jalan yang ku pilih tadi
makin samar kelihatan
hapus dimamah sang realiti

oh aku bermimpi lagi
pasangan mata ku rakus diusap
memaksa diri supaya sedar

terasa hangat di pipi
air mata enggan berhenti
tenggelam dalam sendu

hati terasa kosong
di saat aku mula sedar
ia sebenarnya tiada