Tuesday, June 26, 2012

Cuti.Kerja.

assalamualaikum.
meh nak cita sikit pasai bunga bunga cinta. kohkoh tak pasai. bukan bukan. male ni ambo nak kecek pasal my job. yahh, saya wanita bekerjaya sekarang okeyhhh okeyhh. haha. cuti 3 bulan dok rumah saja tak wat gapo sapa cakap tak bosan hah ? hah ? aku ni all the time asyik perkataan tu ja yang keluaq. haha. yeahhh, get redi aku nak cakap kedah piauwww punyaaa ni bak hanggg.haha

ok ok masuk isi penting. armm, gua keja kedai makan kecik sahaja. keja pon kuli ja. well, aku mang ska keja yang low class ni. baru mencabaq.kehkeh.kira ok la sikit dulu keja kutip getah kat pokok ja. ni naik taraf sikit even tak keja lam econ pon. sejuk la jugak ada bumbung. dulu masa keja kutip getah berbumbungkan terik mentari ja. bau tak payah cakap la kan. time balik singgah makan segan kot aku bau scrub. tapi bajet kool ja. wangi what kalah perfume. menusuk-nusuk ke hidung sampai nak termuntah.sian orang kat kedai tu tak lalu nak makan.haha

dah masuk 3 minggu gua kilija kt kedai ni. tak dak la penat sangat. sampai tengahari ja. melampau la kan lau gua cakap penat cam orang keja opis. haha. pagi pagi sampai kedai pakai topeng senyum jadi patung cendana depan tu bungkuih makanan kat orang. pekerja yang sangat tekun ya saya kerana tak duduk langsung. terpacak ja kat situ.haha.basuh pinggan, lap meja, mop lantai, angkat barang. done sudah kerja saya. easy right ? kohkoh. 

bosan gak bila tak ramai pelanggan. kadang ramai sampai semput. kadang lengang sangat sampai nak tersengguk aku tunggu. tapi ada lagi benda yang lebih merimaskan bilamana pokcik wa mokcik kat situ tiap kali mai makan ja tanya aku mengaji mana ? anak sapa ? padahai aku asa dah sploh kali dah aku bagi jawapan yang sama dekat orang yang sama -.- takpa maybe depa bkenan nak wat menantu kot. ikekeh

haa, mang hobi aku bila tengok orang aku suka mengelamun. tengok orang macam nak tembuih sampai ke organ dalaman.haha.syiok syiok aku dok mengusha orang. tiba ja ada satu makhluk main cuit cuit gua derr. gilo. ayoo pokcik gua bukan anak lu la. nak ja aku jerit "hoi pakcik, saya ni anak dara bukan anak jate !" tapi tak la kan aku nak cakap camtu.aku kan ayu.haha. hat tu pon maybe nak wat menantu kot.haha

yahh yahh. yang ni aku suka bila suatu hari seorang makcik mai nak beli mee. time aku ngah kusyuk bungkuih kuah kat dya. dya tanya aku sekolah kat mana. aku pon "hah?dak aih,saya cuti sem lani.ngaji kat u" makcik tu pon ngan muka cam tak caya kata "laa,ingatkan sekolah menengah lagi.tengok supa kecik ja macam tingkatan 3". perghhhh ! aku time tu cam nak ja tarik balik statement tadi.haha. wahhh, awet muda rupanya aku ni. baru tau.haha.bukan mokcik tu sorg ja yang cakap camtu. ramai lagi pokcik mokcik yg ingt aku ponteng sekolah ok.woahh, muda muda. haha saja nak riak sat.

ok tu jala pengalaman keja gua. kehkeh bajet ja aku. tapi keja ngan pakngah gua ni yang bestnya. tak kira orang ramai ka tak gaji still maintain derr.pakngah gua sayang gua lebih. kehkeh.

depa selalu cakap "baguih la rajin. tak malu nak wat keja camni". aku terpikiaq sejenak. apa la yang nak dimalukannya plak. keja halal ni mokcik. bukan saya g merompak juai dadah bagai. hemmmm, tulaaa, certain orang anggap keja low class ni memalukan. but bagi aku selagi kerja halal tiada yang haram. tiada istilah malu di situ. hihi

sekian. 

Kembali

Sempit di sudut sarat kosong
Beban buat ruangan luas tersia
Kelat menelan sejuta kata nafi
Hanyut  bisu dalam layangan minda

Sekali pun mengapa diulang
Tampal telinga dari menerima
Namun masih tembus ikut celahan rabik
Sebal hati muak menatap hidangan dusta

Dunia diselimuti kabus sinis
Terasa dingin menampar batin merengus
Bukan diri yang ditolak dipijak
Namun siatan kejam buat diri terkesan

Kepingin beranjak dari perlabuhan
Kibar layar merentasi lautan dalam
Ke seberang melambai di persinggahan
Bisik hati tak ingin pulang kembali

Harapkan bulan bintang temani kelam
Titik noktah kepada sejunjung perit
Bebas tinggi mengibar seluas sayap
Hanya anganan rapuh yang lenyap sebelum digapai

selagi kudrat jiwa ini mampu memerangi emosi
tabur sedekah dalam kemanisan senyuman

Sekian.

Monday, June 4, 2012

yakini Dia

langit suram menyapa kegelapan malam
rintikan hujan mendendangkan irama sayu
melimpahi ruangan hati yang kelam sunyi
benteng legap kemas menampan tangis

patah sayap hinggap di ranting yang rapuh
seupaya terbang mengusung hati dipagut resah
terkuntum manis ukiran di bibir palsu
namun kelat hempedu yang melekat di dinding tabir

luka lama masih merah mengalir
bernanah semula tatkala dipanah gundah
kitaran hidup seakan terhenti di sudut derita
masih samar kelihatan cahaya di hujung jalan

mata melihat takkan mampu mengambil rasa
hembuskan saja secebis lelah itu
usah sendiri menongkah arus deras
kerana ada telinga peka mengambil tahu


suratan takdir berat menghempas bahu
bukan batu hukuman yang sengaja dicipta Allah
sinar mentari pasti kembali melakar pelangi
saat hikmah tampil dari persembunyian

taraaa. pah ceroooh taraaa. hihi
sekian.