Monday, July 30, 2012

D aka liDi

Assalamualaikum.

buka bicara walau tak tahu apa yang ingin diperkatakan.
baiklah, entry ini ditulis atas permintaan teman saya yang lebih dikenali sebagai doyah
insan ini asalnya dari paghit buntaq tapi dia sokmo bajet cakap kayEll tuihhh. maaf kurang sopan.

hemmm, si dia ini masih memegang status single. mungkin tiada jejaka ingin memandangannya HAHA * ketawa yang dibuat buat. sebenarnya insan ini suka berebut jejaka yang hot2 dengan saya. seperti mario maurer yang manjadi kegilaannya saban hari sedangkan jejaka itu scandal saya kahkah. ok lah, enough sudah intro mengutuk beliau. ayuh masuk ke bab seloka pula

saat kita memulakan bicara
kelihatan kau malu seperti kucing
tinggi lampai orangnya persis pokok nyok
ku kira sombong rupanya tidak sama sekali

selama setahun kami berjiran
aku tidak menetap lalu dibiliknya jadi singgahan
acapkali aku disogok dengan panggilan 'lembaga hitam'
suka mengutuk tetapi ku tahu dia sebenarnya memuji

kami pernah berjuang dalam satu kelas yang sama
berbeza sekali kerana aku yang pertama dan dia yang terakhir
memasuki kelas lagak seperti sibuk menyiapkan projek
tapi hakikatnya aku saja yang tahu

tiap pagi mamak jua jadi pilihan dan aku turuti saja
mamak pembuat roti canai pujaan hati dia barangkali
aku seperti biasa pilih yang termurah dari yang murah
namun dia pula nafsu makan biarlah rahsia di sini 

doyah ini asal namanya Nurul Hidayah Othman
seperti yang tertera di laman fesbuknya
walau dia selalu perasan dan membantah kata-kataku
dia tetap satu tiada dua sahabatku selamanya

doneeeeeeeeeeeeee ! 
sweet x doyah ? meh upah upah haha

Saturday, July 28, 2012

Aku

saat mentari aku diam sembunyi. saat gelap aku bingas kembali.

Sunday, July 22, 2012

Hanya Doa

Ramadhan kembali menyinsing tirai rahmat
menyapa mesra hati hati si perindu
saat insan di sini tersenyum penuh riang
perkhabaran di sana berbaur hiba

tak siapa menyangka ketentuan Ilahi
sekelip mata bisa mengeringkan lautan dalam
ungkapan nostalgia lalu simpan kemas
usah pertikai terus langkah ke depan

titipan doa diiringi keikhlasan jiwa
cekal hati sesekali rebah jangan
takkan diuji hambaNya melebihi kemampuan
di tikar sejadah kembali bersimpuh

mata melihat takkan mampu mengambil rasa
acapkali ku ulangi kata ini tanpa jemu
kerana kita cuma mampu meluahkan simpati
namun insan lain yang menyedut simpati itu lebih kelat

awak jangan bersedih. doakan yang terbaik untuk dia :) 

Monday, July 2, 2012

Harapan itu

sakit bilamana bahagia itu terpaut di persimpangan dan kemudiannya memilih untuk beralih arah. harapan yang acapkali bertemu lorong mati yang tak bertanda.tak perlu dipandu.aku tetap berhenti.

tidak aku menagih pada khayal malahan seadanya hakikat
namun tetap jua culas dari pandangan mata
sekilas hadir. ribuan lama berlalu
kembali tika semuanya kosong

kosong hingga diri terlalu buntu untuk mentafsir
erti sebenar insan itu pada nyata ataupun tersembunyi

aku kepingin hirup,rasai dan membelai.
ingin disentuh kian jauh tak tergapai
kecewa bila itu cuba mainan bayangan 
 
kini aku terlalu lelah mencari helah. memperbodohkan diri dengan memujuk rayu. padahal aku tahu itu cuma palsu. 

sudah pergilah dikau wahai sang harapan
tinggalkan aku sepi
bulan bintang takkan mampu menerangi kelamku
 
kuburlah ia tak bernisan.