Monday, December 30, 2013

Bangkit

Hei kau
Tak perlu ragu
Ke mana mahu tuju
Dunia bukan untuk menunggu

Bangkit

Jangan asyik tenung
Arakkan awan mendung
Hingga lupa
Yang cerah juga ada

Bangkit

Buat kita
Buat semua



Bulan Amal

Aku rindu yang dulu tak diharga
Yang kembalinya belum tentu kembali
Aku benar rindu
Pada kesucian limpahan rahmat Ilahi.
Pada saat itu
Yang tak mungkin ku kecap
Takkan sama

Dan

Adakah masih kunjungannya nanti
Bisa aku sapa dengan gembira
Atau jasad sudah tak lagi bernyawa
Yang sama sekali
Jadikan rindu itu tiada lagi sebarang erti

Friday, October 18, 2013

pergi

meskipun mereka pergi
aku mampu sendiri
lewati hari
mencari kembali hati
yang tanpa rela dicuri

Tuesday, October 15, 2013

SAHABAT

ulang tahun persahabatan kita
kini cecah tahun ke tiga
penuh makna
penuh nostalgia

merungkai makna kasih insani

moga kekal
di jalan Allah
cinta kasih kita kerana Dia

ps: saat pingu senget dan alien senget bersua 15.10.10 <3 


Wednesday, September 11, 2013

hewan pelihara

wahai si peneman baru
aku kira kita punya sama

sendirian berkatup sepi
tapi kita tetap tegar
untuk terus sendiri
tanpa rasa ingin dimiliki

kerna kita dua punya sifat
terlalu kesat
untuk dibelai


Saturday, September 7, 2013

CURI curi








*maafkan saya kerana mencuri. nanti saya dah super osemm boleh tangkap gambaq camni saya guna gambaq sendiri ye mr. gugel




suka bahagia

lekat saja di dahi
yang aku penting diri
mahu jinjing semua

aku tak hirau
asalkan apa yang aku buat
menggembirakan kamu

itu pasti
satu bahagia buatku


Thursday, September 5, 2013

setia

pegang setia
bukan mudah bagi hati
yang mudah berubah-ubah
mengikut waktu
mengikut kehendak

cuma satu aku pinta
jika tidak pada manusia

paling tidak biar setia aku
kekal mencintaiMu
tanpa ragu
tanpa jemu

kerna hati ini
nyata milikMu

Tuesday, September 3, 2013

Kenal

ada satu masa
insan yang kau kenal
insan yang kau percaya

buat kau sesal
buat kau diperdaya

dan masa itu
kau hilang timbangan
mana figura benar
dia yang dulu
kau kenal

mungkin kau terlangsung yakin
atau dia terlupa tunjuk
perkara benar
sejak awal
kau kenal dia

kapas

aku cuma jejantas
bagi senang kau pintas
dan bila semua kau dapat
aku terus kau lepas
macam kapas
dikibas
hilang sekilas.

saling lengkap

pengdukung semangat
setia
menabur butiran kata
dari ketulusan bibir
buat si mahu

si mahu
melempias rasa
menunggang asa
mohon kembali
saat dia perlu

apa yang sebenar benar
si pendukung dan si mahu
benar sama
cuma masing masing punya
rasa perlu
jua diperlukan


Thursday, August 29, 2013

sangkaan

dan aku kan terus bernyanyi
di atas jejantas prasangka mereka
kerana aku yakin
apa yang pasti abadi
di hujung sana nanti

*mr google punya gambo

Saturday, August 17, 2013

galau

indah aturan Allah
Dia tahu aku perlu
hadiahkan aku permata
seperti dia

pancar sinar tenang
saat aku galau

Thursday, August 15, 2013

pada sahabat

setelah lewati jangkau masa yang agak panjang
kau muncul semula depan mata dengan izinNYa
masih dapat kita bersua meleraikan bungkusan rindu

kecemburuan masa jelas tara terhadap senda tawa kita
mengheret hati tiada puas melempias rasa
sampai sudah ke titik berpisah

rindu yang dulu sudah usai dibuka
rindu yang baru pula tumbuh hiba
malahan makin kuat akarnya mencengkam jiwa

pada sahabat
yanng jarang jarang bersua

Tuesday, August 13, 2013

ingatan

sedar tak sedar
kata yang kau lafaz 
bisa jadi penawar
bisa juga jadi penyakit

pilih susun bicara 
agar sama punya ingatan
yang bisa buat senyum
di hari muka 

Tuesday, August 6, 2013

terima

hai si peraih baru
selamat jejak ke benua biru
aku sang pendosa selalu
masih sudi terima aku ?

peduli

mereka berpusu ke destinasi
sedang aku masih mencari
makna diri
yang sukar dimengerti

Tuesday, July 30, 2013

rindu

kadang jiwa bisik sendiri
apakah layak diri merindu
pada dia
walau tak hadir rasa sayang
antara dua
jiwa

Monday, July 29, 2013

manusia cela

aku manusia cela
ingin kejar sempurna
sampai lupa
apa yang Allah bagi
lebih dari sempurna

Friday, July 26, 2013

#projekkadraya

bukan saja saja
bukan buang masa
apa yang aku ingin perjuang
besar nilainya

apa yang ingin diterpa
secangkir ingatan melayang
pada diri
di pagi syawal
tika azan bergema
buat tatapan coretan
lafaz ucapan ringkas
dari kejauhan mata


Wednesday, July 24, 2013

wajar

tak wajar rasanya
bagi aku mencintai yang lain
bilamana kasih aku kepada ibu bapa
masih belum cukup tercurah sepenuhnya

bayi

jika memori aku seperti si bayi
takkan terbirat fikiran ini
dengan rentetan kenangan 
yang menyeksa 

Monday, July 22, 2013

lautan kasih

lautan kasih
aku punya definisi sendiri
tak manis cuma masin
dan bila kau damba kian dahaga

luas sepandangan mata
tiada dinding penghadang rasa
akal tak mampu mentafsir dalamannya
kekal rahsia hujung nyawa

takungan aku cukup semesta
tak perlu tambahan titisan jernih
bila sampai waktu nanti
biar tenang tanpa gelora

dan saat diri tiada jasad
kekal ia tenggelam karam
seperti ada namun tak jumpa
namun kekal jelas di hati dia

sedalam itu kasih aku diibaratkan lautan
pada dia...

tawa

aku bahagia.
cuma menangis dalam tawa.

lagi

episod mengejar
tinggal calar

lalu kembali...

aku sendiri.
lagi.

Saturday, June 15, 2013

muka depan

masih separa sedar
apa yang ingin diatur
acapkali bercicir terabur
tak kena pada jalur

masa lagi tersia
lagak masih seperti biasa
seperti tiada apa
yang bergendang di dada

ah mengapa bolos ke dalam
walau sudah nyata ia kelam
kenapa tak kekal diam
bersemayam

lagikan senang lolos diri
tak perlu gusar pada hati
yang sentiasa ingin diperhati
sampai sendiri terkapai mati

cukup berdiri di muka pintu
tahu cuma sekadar perlu
lihat takat muka buku
supaya senang untuk beradu

Sunday, June 9, 2013

hati

dah berjuta kali aku pujuk 
"hati jangan goyang" 
"hati jangan peduli"
"hati jangan benci"

tapi hati tetap hati
hati tetap rintih
hati tetap ratap
hati suruh tunduk

lalu aku kembali patuh 
pada hati
yang tak rela dipujuk

rahsia

aku ada rahsia
nak tahu ?
aku bisa nangis kerana sepi

kenangan

aku buka hati
aku sedia menadah
tapi apa kata
kita berhenti soal lama

kita singkap yang baru
kisah duka lara
drama pilu berepisod jalanya
titik hitam kita letak

buat apa bercerita
goreskan kembali parut lama ?
untuk apa sayang
kita bukan dulu. kita sekarang

mari cipta sejarah
yang bila kita kenang
kita bisa senyum walau sendiri

kerana kenangan itu
bukan ada siapa-siapa
cuma kita berdua


Wednesday, June 5, 2013

pilihan anda

semalam nonton video Tanyalah ustazah by Prof Muhaya. lalu diri ini tertarik dengan perumpamaan yang diberi oleh beliau terhadap sesuatu masalah iaitu  diibaratkan seperti "jatuh longkang"

ada dua respon yang akan diberi apabila diri dalam kesulitan ketika berada di longkang tersebut

pertama: melihat ke bawah lalu berkata "eeii, kotor dan busuknya longkang ini"
saat itu diri terasa jijik dan tiada harapan untuk kembali naik mencecah langit. diri terasa terlalu berat beban yang diberi hingga terasa untuk menyerah tanpa berusaha mencari jalan. diri tidak berusaha memperbetulkan keadaan dengan mencermin kembali kesalahan diri dan apa yang menyebabkan perkara itu terjadi kepada diri. sebaliknya mencari salah orang sekeliling yang membuatkannya jatuh. hasilnya, musibah yang menimpa akan bertimpa-timpa disebabkan oleh sikapnya yang mudah mengalah.

kedua: mendongak ke atas lalu berkata "indahnya langit yang dihiasi bulan dan bintang"
insan seperti ini selalunya berfikiran positif. walaupun diri sedang bergelumang dengan kekotoran, dia lebih memilih untuk melihat dari sudut yang indah. mungkin jika tidak jatuh ke longkang dia tidak dapat lihat keindahan langit. dari situ diri dapat kembali menggerakkan kaki ke arah yang lebih baik. jika terasa longkang itu terlalu dalam, mintalah tangga iaitu berdoa kepada Allah semoga diberi petunjuk dan pertolongan untuk keluar dari kesulitan tersebut.

itu saja. Assalamualaikum




Sunday, May 19, 2013

luka

luka kalau kau layan
memang sakit
lagi kau usap
lagi galak keluar nanah
bila kau belai
makin menyinga

tapi
cuba kau biar terdedah
terbalar dengan terik mentari
terjuih dengan tujahan air
biar saja

layan saja seperti biasa
sikit masa ia sembuh
macam biasa
seperti tiada apa

dari kau jaga macam tatang minyak
sikit sikit cuit melatah melalak
kau suntik semua berbakul vitamin
manja sampai naik lemak

namun takkan sama
penawar cuma dari kau
bukan dia atau aku
tapi Dia
cuma yakin
itu saja



Saturday, May 4, 2013

biar saja

biar malam
sendirian
tanpa sinar
tanpa kerdip

biar kelam
membaluti
tanpa kata
tanpa nokhtah

biar kekal hujung alam
kerana dia tak layak
mendakap sayang

Monday, April 29, 2013

jangan nangis

jangan jatuh
kalau tak mahu aku sambut
jangan menangis
kalau tak sudi bahu ini basah

jangan beralah
sebelum sampai puncak menang
sama-sama tunjuk arah
jangan sampai kita sesat
biar penat
jangan mengaduh

aku ada
jika kau mahu
aku ada
tetap ada
kalau mati
biar simpan dalam hati

kerana di situ
ada makna sejati
untuk insan
yang punya hati

Saturday, April 27, 2013

s.fa.r

jika menyayangi kalian dianggap satu jenayah
ya. aku rela dipenjara

Wednesday, April 17, 2013

kau, bukan dia

jujur hati bicara
kesan semalam masih segar
kau pula muncul celah mana
mainkan watak yang sama
roh dia seolah
merasuk 
dalam kau

aku keliru
beri aku secebis masa
buka ruang
untuk kau
bukan dia


Sunday, April 14, 2013

tak seperti

mulut tak habis lontar benci
saat pita memori berputar
bilamana  manis bertukar kelat
perit hujung tekak

aku sudah bilang
kalau kau terima bodoh aku
hodoh aku mahupun jelik aku
baru hulur tangan jabat erat

kalau sekadar mahu sempurna
pilih robot. cipta sendiri
aku manusia
bukan robot

dan nyata kau juga bukan robot
manusia seperti aku
kerana kau rasa tersiat
bila lagak aku
bila sumbang aku
tak seperti yang kau mahu

Saturday, April 6, 2013

pondok itu

dalam dunia fana
yang nyata sementara
manusia singgah lalu pergi

tinggal pondok itu

pondok sepi
pondok usang lubang-lubang
lokasi tetap di hujung jalan
yang bila goyah
dia rebah
sikit-sikit

tapi tak apa
sifat dia
lagak dia
dia rela
biar saja

kalau mahu teduh
mahu elak basah
datang sini
dia dakap
penuh erat


Wednesday, March 27, 2013

susah senang

mereka takkan puas
bila lihat orang senang
mereka perlu tengok guna mata otak
benda sukar yang mereka kata senang itu

Tuesday, March 26, 2013

aku punya jiwa

jika kau gemar akan kemanisan senyumanku
takkan lama. bagaimana saat ia berubah cuka ?
jika kau selesa ditatang penuh mesra
harus waspada. takkan selamanya begitu

jika kau asyik pada senda tawa
apa akan jadi bilamana aku ketandusan kata ?
dan bilamana hatiku robek tercarik luka
adakah masih enak kau di sisi ?

aku juga manusia
buka mata
lihat. aku ini manusia
aku bukan bongkah mahupun boneka
aku punya jiwa
seperti kau


Sunday, March 17, 2013

lari

sila lari lagi
sampai kecur peluh
sampai meleleh ke bibir
sampai kau rasa nikmat masin

apa kau peduli
lari lagi
sampai kau capai tahap lelah
sampai tarik nafas henjut-henjut

sampai nyawa berpisah jasad
aku kekal kaku
pinta aku cuma satu
jangan toleh tengok aku.

Sunday, March 3, 2013

bahlul kah ?

sedekad aku nanti
bukan detak detik yang singkat
semua demi satu kata
kata dia mahu sampai mati
aku pegang tanpa ungkit

saban hari puitis setia
persis si tolol
duduk damba janji lama
nampak bukan

bahlul di mana mana



Sunday, February 24, 2013

K

aku tahu
kau tak akan tahu
selagi aku kejur tanpa kata
menzahirka rasa

belum masa
akan tiba nanti
aku cuma mahu kecap
manis bersulam redhaNya



Tuesday, February 12, 2013

paripari

hari ini
syukur
Ilahi membuka peluang

bertemu dia
sarat
terlerai rindu semalam

dia yang baru
manis
aku menzahirkan senyum

berbeza tara
namun masih
dia sahabat aku selamanya :)

kuyu



Sunday, February 10, 2013

rasa

aku sudah bilang.
kau yang tak percaya.
terserah.
bila dah tersagat batang hidung.
baru nak terbonjol biji mata keluar tengkorak.
rasakan

suara

bila amarah
diam
bila celaru
bisu

bukan pura suci
bukan kehabisan aksara
cuma hitung masa
cari yang sesuai

duduk tunggu suara
tapi tak dengar
kerna hati yang berbisik
bagaimana mahu risik

payah
baik terus muntah
baru tak ada
yang gelojoh terus redah

hak sama rata
sama bonjol sama kempis
lontar suara
biar saja bergema


Friday, February 8, 2013

patung

kau nak bangga
kau nak tayang muka
licin tak ada cela

kau setalu cemuh
insan serupa hodoh
selenang diperlaku bodoh

hei kau tak sedar
manis senyum ganti tawar
mulus kulit ronyok pudar

lama-lama tinggal rangka
patung tak punya raga
peraga hiasan di pentas cuma

Monday, February 4, 2013

kawan

aku macam buta
tengok kau derita
aku toleh tapi tak pandang
sedar tak sedar
aku guris tinggal calar
rabak mata kesan tangis
hilai aku atas sengsara kau
kau sekadar pendam

kejam kan ?
maaf
sekarang aku tenung kau
aku amati
hulur tangan
seiringan
ayuh bersama
kita kan kawan




Friday, February 1, 2013

Hikmah

makin gelap makin bingung
lalu aku harap suluhan cahaya
cahaya dari dia
tapi tak sampai juga
mungkin terlalu jauh

lama juga aku termenggu
mencari benar salah
bila soal tiada balas
bila kabur tak nampak jelas
pasti akan timbul ragu

mungkin agak lama aku berperang
masih yakin dengan hak aku
hak aku sesama insani
aku rasa kejam diperlaku bisu
seolah aku bicara pada dinding

seperti aku boleh ibaratkan
dulu isi dan kuku tak pisah
semua rasa dia aku selam
kini aku lihat jasad dia
tapi jiwa jauh tara dekat Dia

orang tolol seperti aku
masih damba cerita semalam
cerita yang dah lapuk dimamah anai khilaf
lalu terusan aku rasa sakit
pada kebodohan ciptaan sendiri

bila mata hati mula berfungsi
baru sedar aku tolak hikmah
aku hitung semua sebab guna emosi manusia
buta aku pada janji Allah
takkan sia Dia temukan tanpa bermisi

untuk apa aku ratap
hilang insan yang aku dahagakan kasih
seperti aku gantung harap pada manusia
sedang Dia yang layak dihembur segala
memberi ujian dan membuka jalan keluar

dia pergi tak perlu penjelasan
untuk apa jika tak diterima
dia kini jauh lebih mulia
dekat di sisi Ya Rabb
lalu rugi jika aku terusan hanyut dalam hal dunia

hilang dia sebagai titik
untuk sama turut serta
rebut cium haruman syurga
dari terus meratap hamis dunia
menagih kasih dari yang maya

jika benar aku sayang
buktikan aku pegang ukhwah fisabilillah
baiki amal gendong bekalan
aku harap jumpa kau di syurga
sahabat :)





Wednesday, January 30, 2013

warkah tak bersuara

kau betul
dalam agama pun cakap tak salah
tapi sikap kau
semua nak pihak kau betul
mana salah ?
semua kau ronyok
kau campak depan muka
depan muka insan tak bersalah
kau nak rebut apa
semua kat tangan kau
belum puas ?
oh mungkin kau nak sentuh menang
tapi kau bukan setakat pegang
kau kaut sampai kering
genggam sampai jadi bara
lalu apa yang tinggal ?
debu tak ada nilai
kau tinggal untuk siapa ?
untuk insan yang beralah
kau tak simpati
kau tepuk tangan
kau tunding jari
kau tabur cuka
pada luka yang mengalir
kau lupa atau pura-pura
atau hati kau sudah layu
bagi aku
kau tak layak diberi kata percuma

p/s: diam aku lama-lama bisa letus 



Wednesday, January 16, 2013

sahabat


ya Allah ya tuhanku
Kau kurniakanlah sahabat yang bisa menemaniku
yang bisa melenturkan egoku
yang bisa menegur tingkah salahku
yang bisa mendorongku mengucap sabar kala celaru
yang bisa mengingatkan aku padaMu tika melihatnya

ya Allah amanatkan seorang insan yang bisa membimbingku ke jalanMu
insan yang ikhlas mengambil tahu
insan yang tiada rasa beban bila di sisiku
insan yang senyumannya melahirkan kedamaian
maka dekatkan dan pertemukanlah aku dengannya

ya Allah jika benar aku ini tidak memberi sebarang manfaat kepada sahabatku
maka kau jauhkanlah aku dari menyakiti dan menzalimi dia
bilamana aku membawa dia ke curam kejahilan
bilamana aku mengheret dia berhadapan kemurkaanMu
bilamana aku menghalang dia dari mendekatiMu
maka jauhkanlah dia sejauhnya dariku

ya Allah ya tuhanku. sesungguhnya amat sukar bertemu teman sejati
ibarat meraba mencari semut hitam kala pekat malam
hambaMu ini sehina insan. yang tanpa putus memohon dan menagih dariMu
moga Kau redhai sepanjang perjalanan hidupku ini sebelum bertemu alam abadi

amin.


Tuesday, January 15, 2013

bintang hati

assalamualaikum. selamat sejahtera ke atas kamu. salam membawa maksud damai
*sekadar pembuka bicara

sudah agak lama tak bermonolog dalaman di sini. oh I mean bermonolog secara terus tanpa ada perlindungan di balik susunan atur abjad yang berterabur. 
*ehemsss cuba berlagak serius dan sematang yang mampu

memandangkan dan hakikatnya saya telah pun menjangkaui usia 21 pada tahun ini. makanya sudah tiga anak sedara sudah terkumpul. eheks, bajet cam aku plak yang beranak. hemmm hemmm ok stop
*bosan sudah cakap supo robot

ok sudah, yang sebenaq benaqnya gua nak show off anak sedara gua ni. haa tengok la tengok laaaaa

first anak abang sulung 

Anas Irfan
ada rupa kasanova kan ? kan ?

second anak abang sulung jugak

Anis Humairah
mata spotlight bak hanggg

third anak kakak tunggal gua

Muaz Zaquan
phewwitt mulut sexy

satu tambah dua ok dah cukup tiga. yahhh gua kini bergelar makcik yana. gua yana beb kat rumah. rock rock pon aku ayu what -.- thats all

*moral of the story. setiap kelahiran diselangi dengan kematian. subhanaAllah. night ! mengucap sebelum tidur. adiossss






Sunday, January 13, 2013

maaf


maaf
aku sekadar sedar diri 
ya Allah kuatkan aku
ya Allah jangan kau lalaikan aku dengan segala nikmat
ya Allah sedarkan aku tentang syurga neraka
ya Allah bangkitkan aku dari lena dunia
ya Allah sucikan hatiku dengan keikhlasan 
ya Allah aku meminta

amin

Saturday, January 12, 2013

Monday, January 7, 2013

tawa


gemar ketawa dalam bingar
kerana tak siapa peduli terselit tangisan derita
kecuali Dia


Saturday, January 5, 2013

terasa ?

aku sudah berangka
maka mahu merangka
semua sebab musibab

biar beribu yang hinggap
tetap aku cuma satu
jiwa aku punya teman sendiri

lalu untuk apa pertikai
tiada beza walau selubung bingar
pada aku tetap damba sunyi

tiada beza antara dia atau dia
bukan gemar mahu menyuara hati
cuma tulisan tanpa suara itu menyakitkan

aku rela menadah sekawah telinga
dari tatap sajian santapan belakang
tak sedap tiada rasa. kalau kau rasa

dan semestinya kau takkan damba

Friday, January 4, 2013

R

rahsia
bilamana di olah ke hujung akar adalah amanat dari pencerita kepada yang mendengar.

berat bukan. atau sekadar lipur lara yang boleh kau buka niaga jual beli ?

apa rasanya saat kau mengorek dah mengait kain insan lain ?
dan bila amanat yang kau pautkan ditebarkan setinggi cakerawala
di depan kau. ya, apa yang kau buat melantun semula
depan muka. kerana itu wujud istilah padan muka

kerana itu
aku takut jadi insan yang bocor takungannya



Wednesday, January 2, 2013

tahun baru

lalu tirai kembali menyembah bumi
menutup kalam coretan semalam
kini tampil naskah kosong di setiap helaian

masih segar ya masih
kembali menggamit sang penulis mencatat
ligat melarikan pena di awalan baru

sudah namanya adat menghitung hari
dari mula ke hujung semahunya terisi
lumrah manusia berjinak merangkul anganan

insan ini sekadar paku amati tingkatan angka
kian mencanak melangkaui satu aras
yang nyata desak tuju kata ubah

sampai bila mampu nafi hukum alam
dari sekecil telapak hingga seteguh badang
nikmat diberi takkan lama malahan makin hampir

masihkah bibir mampu menguntum senyum ?
tika yang berat menyebelahi timbangan khilaf
sedangkan mulia sekadar kapas berterbangan

bila diamati pada kasarnya angka itu
sudah menggamit serangan gerun merajai hati
inikan pun jika ditonton dari sudut tersiratnya

jika luaran gah seperti mampu milik segenggam dunia
namun dalamnya persis fakir berselubung camping
apa guna nikmat andai pejam bilamana masih celik