Wednesday, January 30, 2013

warkah tak bersuara

kau betul
dalam agama pun cakap tak salah
tapi sikap kau
semua nak pihak kau betul
mana salah ?
semua kau ronyok
kau campak depan muka
depan muka insan tak bersalah
kau nak rebut apa
semua kat tangan kau
belum puas ?
oh mungkin kau nak sentuh menang
tapi kau bukan setakat pegang
kau kaut sampai kering
genggam sampai jadi bara
lalu apa yang tinggal ?
debu tak ada nilai
kau tinggal untuk siapa ?
untuk insan yang beralah
kau tak simpati
kau tepuk tangan
kau tunding jari
kau tabur cuka
pada luka yang mengalir
kau lupa atau pura-pura
atau hati kau sudah layu
bagi aku
kau tak layak diberi kata percuma

p/s: diam aku lama-lama bisa letus 



Wednesday, January 16, 2013

sahabat


ya Allah ya tuhanku
Kau kurniakanlah sahabat yang bisa menemaniku
yang bisa melenturkan egoku
yang bisa menegur tingkah salahku
yang bisa mendorongku mengucap sabar kala celaru
yang bisa mengingatkan aku padaMu tika melihatnya

ya Allah amanatkan seorang insan yang bisa membimbingku ke jalanMu
insan yang ikhlas mengambil tahu
insan yang tiada rasa beban bila di sisiku
insan yang senyumannya melahirkan kedamaian
maka dekatkan dan pertemukanlah aku dengannya

ya Allah jika benar aku ini tidak memberi sebarang manfaat kepada sahabatku
maka kau jauhkanlah aku dari menyakiti dan menzalimi dia
bilamana aku membawa dia ke curam kejahilan
bilamana aku mengheret dia berhadapan kemurkaanMu
bilamana aku menghalang dia dari mendekatiMu
maka jauhkanlah dia sejauhnya dariku

ya Allah ya tuhanku. sesungguhnya amat sukar bertemu teman sejati
ibarat meraba mencari semut hitam kala pekat malam
hambaMu ini sehina insan. yang tanpa putus memohon dan menagih dariMu
moga Kau redhai sepanjang perjalanan hidupku ini sebelum bertemu alam abadi

amin.


Tuesday, January 15, 2013

bintang hati

assalamualaikum. selamat sejahtera ke atas kamu. salam membawa maksud damai
*sekadar pembuka bicara

sudah agak lama tak bermonolog dalaman di sini. oh I mean bermonolog secara terus tanpa ada perlindungan di balik susunan atur abjad yang berterabur. 
*ehemsss cuba berlagak serius dan sematang yang mampu

memandangkan dan hakikatnya saya telah pun menjangkaui usia 21 pada tahun ini. makanya sudah tiga anak sedara sudah terkumpul. eheks, bajet cam aku plak yang beranak. hemmm hemmm ok stop
*bosan sudah cakap supo robot

ok sudah, yang sebenaq benaqnya gua nak show off anak sedara gua ni. haa tengok la tengok laaaaa

first anak abang sulung 

Anas Irfan
ada rupa kasanova kan ? kan ?

second anak abang sulung jugak

Anis Humairah
mata spotlight bak hanggg

third anak kakak tunggal gua

Muaz Zaquan
phewwitt mulut sexy

satu tambah dua ok dah cukup tiga. yahhh gua kini bergelar makcik yana. gua yana beb kat rumah. rock rock pon aku ayu what -.- thats all

*moral of the story. setiap kelahiran diselangi dengan kematian. subhanaAllah. night ! mengucap sebelum tidur. adiossss






Sunday, January 13, 2013

maaf


maaf
aku sekadar sedar diri 
ya Allah kuatkan aku
ya Allah jangan kau lalaikan aku dengan segala nikmat
ya Allah sedarkan aku tentang syurga neraka
ya Allah bangkitkan aku dari lena dunia
ya Allah sucikan hatiku dengan keikhlasan 
ya Allah aku meminta

amin

Saturday, January 12, 2013

Monday, January 7, 2013

tawa


gemar ketawa dalam bingar
kerana tak siapa peduli terselit tangisan derita
kecuali Dia


Saturday, January 5, 2013

terasa ?

aku sudah berangka
maka mahu merangka
semua sebab musibab

biar beribu yang hinggap
tetap aku cuma satu
jiwa aku punya teman sendiri

lalu untuk apa pertikai
tiada beza walau selubung bingar
pada aku tetap damba sunyi

tiada beza antara dia atau dia
bukan gemar mahu menyuara hati
cuma tulisan tanpa suara itu menyakitkan

aku rela menadah sekawah telinga
dari tatap sajian santapan belakang
tak sedap tiada rasa. kalau kau rasa

dan semestinya kau takkan damba

Friday, January 4, 2013

R

rahsia
bilamana di olah ke hujung akar adalah amanat dari pencerita kepada yang mendengar.

berat bukan. atau sekadar lipur lara yang boleh kau buka niaga jual beli ?

apa rasanya saat kau mengorek dah mengait kain insan lain ?
dan bila amanat yang kau pautkan ditebarkan setinggi cakerawala
di depan kau. ya, apa yang kau buat melantun semula
depan muka. kerana itu wujud istilah padan muka

kerana itu
aku takut jadi insan yang bocor takungannya



Wednesday, January 2, 2013

tahun baru

lalu tirai kembali menyembah bumi
menutup kalam coretan semalam
kini tampil naskah kosong di setiap helaian

masih segar ya masih
kembali menggamit sang penulis mencatat
ligat melarikan pena di awalan baru

sudah namanya adat menghitung hari
dari mula ke hujung semahunya terisi
lumrah manusia berjinak merangkul anganan

insan ini sekadar paku amati tingkatan angka
kian mencanak melangkaui satu aras
yang nyata desak tuju kata ubah

sampai bila mampu nafi hukum alam
dari sekecil telapak hingga seteguh badang
nikmat diberi takkan lama malahan makin hampir

masihkah bibir mampu menguntum senyum ?
tika yang berat menyebelahi timbangan khilaf
sedangkan mulia sekadar kapas berterbangan

bila diamati pada kasarnya angka itu
sudah menggamit serangan gerun merajai hati
inikan pun jika ditonton dari sudut tersiratnya

jika luaran gah seperti mampu milik segenggam dunia
namun dalamnya persis fakir berselubung camping
apa guna nikmat andai pejam bilamana masih celik