Monday, April 29, 2013

jangan nangis

jangan jatuh
kalau tak mahu aku sambut
jangan menangis
kalau tak sudi bahu ini basah

jangan beralah
sebelum sampai puncak menang
sama-sama tunjuk arah
jangan sampai kita sesat
biar penat
jangan mengaduh

aku ada
jika kau mahu
aku ada
tetap ada
kalau mati
biar simpan dalam hati

kerana di situ
ada makna sejati
untuk insan
yang punya hati

Saturday, April 27, 2013

s.fa.r

jika menyayangi kalian dianggap satu jenayah
ya. aku rela dipenjara

Wednesday, April 17, 2013

kau, bukan dia

jujur hati bicara
kesan semalam masih segar
kau pula muncul celah mana
mainkan watak yang sama
roh dia seolah
merasuk 
dalam kau

aku keliru
beri aku secebis masa
buka ruang
untuk kau
bukan dia


Sunday, April 14, 2013

tak seperti

mulut tak habis lontar benci
saat pita memori berputar
bilamana  manis bertukar kelat
perit hujung tekak

aku sudah bilang
kalau kau terima bodoh aku
hodoh aku mahupun jelik aku
baru hulur tangan jabat erat

kalau sekadar mahu sempurna
pilih robot. cipta sendiri
aku manusia
bukan robot

dan nyata kau juga bukan robot
manusia seperti aku
kerana kau rasa tersiat
bila lagak aku
bila sumbang aku
tak seperti yang kau mahu

Saturday, April 6, 2013

pondok itu

dalam dunia fana
yang nyata sementara
manusia singgah lalu pergi

tinggal pondok itu

pondok sepi
pondok usang lubang-lubang
lokasi tetap di hujung jalan
yang bila goyah
dia rebah
sikit-sikit

tapi tak apa
sifat dia
lagak dia
dia rela
biar saja

kalau mahu teduh
mahu elak basah
datang sini
dia dakap
penuh erat