Wednesday, September 11, 2013

hewan pelihara

wahai si peneman baru
aku kira kita punya sama

sendirian berkatup sepi
tapi kita tetap tegar
untuk terus sendiri
tanpa rasa ingin dimiliki

kerna kita dua punya sifat
terlalu kesat
untuk dibelai


Saturday, September 7, 2013

CURI curi








*maafkan saya kerana mencuri. nanti saya dah super osemm boleh tangkap gambaq camni saya guna gambaq sendiri ye mr. gugel




suka bahagia

lekat saja di dahi
yang aku penting diri
mahu jinjing semua

aku tak hirau
asalkan apa yang aku buat
menggembirakan kamu

itu pasti
satu bahagia buatku


Thursday, September 5, 2013

setia

pegang setia
bukan mudah bagi hati
yang mudah berubah-ubah
mengikut waktu
mengikut kehendak

cuma satu aku pinta
jika tidak pada manusia

paling tidak biar setia aku
kekal mencintaiMu
tanpa ragu
tanpa jemu

kerna hati ini
nyata milikMu

Tuesday, September 3, 2013

Kenal

ada satu masa
insan yang kau kenal
insan yang kau percaya

buat kau sesal
buat kau diperdaya

dan masa itu
kau hilang timbangan
mana figura benar
dia yang dulu
kau kenal

mungkin kau terlangsung yakin
atau dia terlupa tunjuk
perkara benar
sejak awal
kau kenal dia

kapas

aku cuma jejantas
bagi senang kau pintas
dan bila semua kau dapat
aku terus kau lepas
macam kapas
dikibas
hilang sekilas.

saling lengkap

pengdukung semangat
setia
menabur butiran kata
dari ketulusan bibir
buat si mahu

si mahu
melempias rasa
menunggang asa
mohon kembali
saat dia perlu

apa yang sebenar benar
si pendukung dan si mahu
benar sama
cuma masing masing punya
rasa perlu
jua diperlukan