Monday, April 28, 2014

suatu malam

dalam sepanjang malam malam
malam ini saja yang tersendiri
yang jiwanya dekat pada alam
sambil lihat hujan menari nari
lencun membasahi bumi
ditemani insan yang mahu ngerti
apa simpanan isi hati
yang kalau boleh mahu bawa sampai mati

sepanjang lewat malam itu aku meneliti
dedaun yang kesamaran dalam kelam
seolah aku mampu dengari
suara dedaun itu bicara bila ditiup angin
aku bersama insan lain di sini
selain diri aku
dia adalah dia dan aku tetap aku
kami tak sama
namun hati tetap mahu
dekat insan yang lain itu
lalu
terluah sekelumit cebisan cebisan semalam
dan harapan aku cuma
dia juga simpan ini sampai mati

*susun kata aku bersepah. harap yang membaca masih mampu lagi mentafsir
 


Monday, April 14, 2014

sang gagak

Gagak terbang di dada langit
Awan hitam mengaburi panca mata
Sehitam bulunya yang melegam
Sudah separuh keringat mengerah
Dia sudah hilang arah
Tak ketemu sebarang cara
Untuk dia kembali menyapa senja

Sebab dia terlupa
Jejak sebelum tiba di sini
Yang kelam tak bertanda



Friday, January 31, 2014

insan misteri

aku temu seorang insan
tiga tahun yang lalu
pengenalan yang singkat

bermula dengan hai
yang pengakhirannya tiada bye
buat aku terkilan

mungkin di awal bicara
memutuskan talian
yang janggal untuk dirungkai

dan saat tiga tahun kemudian
hati ingin menyapa semula
insan yang belum lagi teman

mungkin kami punya sama
yang buat hati berkata
kami bakal sejiwa

tapi kebarangkalian masih ada
tiada sebarang ikatan
antara kami
melainkan cuma kenalan sedunia

Saturday, January 18, 2014

KITA

Kalian
Si tetamu hati
Bergelumbang sejuta misteri
Bentang hadang bersalut pagar gerigi

Buat aku bingung tentang makna kita
Kita yang awalnya tak bersua
Kita yang akhirnya tak bertanda
Apa ertinya kita
Jika satu masa terpisah

Bekas yang dulu kita jejak
Pupus satu persatu
Kering dilenyap keraguan

Kerana tiada bukti nyata
Yang kita pernah bersama

Friday, January 17, 2014

jawapan

aku tak mampu membenci
tak gemar menunding jari
aku cuma tagih simpati
dari derita yang kau beri

cukup percikkan api
yang baranya tempias
terkena aku

dan cukup
dengan semua alasan
aku butuh cuma jawapan

Monday, January 6, 2014

momen

Setiap lagak
Setiap derap
Setiap bicara

Jika aku mampu dakap
Jika mampu aku rakam
Mampu jua aku bisikkan

Biar saat itu
Kekal setia
tak pernah hujung
tak pernah lenyap

Dari minda dan jiwa yang berkelana