Friday, June 10, 2016

mencuba

aku sering kecewa kali pertama
lalu aku cuba kali ke dua
kadang kali ke tiga
atau sampai aku tak lagi daya
mungkin itu cuma
Allah mahu aku terus mencuba

Thursday, June 9, 2016

bersalah

selamat tinggal sang cinta
sedetik jarak masa kita bakal berpisah
moga kau tak lagi resah
tiada aku yang sentiasa bersalah

jangan

selamat pulang
saat saat yang bakal hilang

andai kembali jelang
jangan panggil aku sayang

sampai seru

ramadan sampai seru
hati rasa sayu
hati mahu merayu
kekalkan iman selalu
agar bila ramadan berlalu
amalan baik yang dirindu

hati hati

hati rasa sedih
hati sarat pedih
hati benci rintih
hati cepat didih
hati kekal sedih
hati mahu rintih
pada pendengar yang tak pernah letih

mudah lupa

mengapa hati mahu kenal cinta
bila sering ditinggal terluka
mengapa hati mudah lupa
bila ada hati lain datang menyapa

Monday, February 8, 2016

nikmat

nikmat sihat
kurang aku hargai
kufur nikmat yang satu ini
aku cuma nampak saat hilang
lenyap berganti pedih
hapuskan dosa semalam
untuk coretan bersih hari esok

Monday, January 25, 2016

sesak

derap waktu terasa deras
lautan tugas bikin lemas
masa lapang yang tak lagi luas
di situ kejar
di sana terabur

pejam mata agar masa pulang
celik mata masa tetap pergi
detak jam bikin cemas
niat hidup ingin kemas
tetap juga tersentak saat cemas

lari ke sudut
di tengah lopong
lari ke tengah
di sudut rabik

jiwa kusut
hati rimas
nafas sesak

semua kacau
semua kelam...

mungkin saat ini
saat yang bakal mati
ada satu ruang aman
satu ruang yang punya cahaya

ruang untuk aku bersimpuh
sujud pada Dia
agar lapangkan yang sempit
agar mudahkan yang sulit
agar aku tak lagi ralit
dengan nafsu dunia yang membelit

Sunday, January 24, 2016

rajuk

rasa rindu yang hama ini
masih mampu guris hati
masih mampu tangis sendiri
masih hiba meruntun sepi

tiap kali aku pujuk
kata pada hati yang perpisahan itu cuma esok
kerana yang asing cuma susuk
yang raga tetap peluk

tapi hati enggan dipujuk
hati perlu masa rajuk
sampai masa hati terpujuk
bila yang dirindu hadir memujuk