Friday, June 10, 2016

mencuba

aku sering kecewa kali pertama
lalu aku cuba kali ke dua
kadang kali ke tiga
atau sampai aku tak lagi daya
mungkin itu cuma
Allah mahu aku terus mencuba

Thursday, June 9, 2016

bersalah

selamat tinggal sang cinta
sedetik jarak masa kita bakal berpisah
moga kau tak lagi resah
tiada aku yang sentiasa bersalah

jangan

selamat pulang
saat saat yang bakal hilang

andai kembali jelang
jangan panggil aku sayang

sampai seru

ramadan sampai seru
hati rasa sayu
hati mahu merayu
kekalkan iman selalu
agar bila ramadan berlalu
amalan baik yang dirindu

hati hati

hati rasa sedih
hati sarat pedih
hati benci rintih
hati cepat didih
hati kekal sedih
hati mahu rintih
pada pendengar yang tak pernah letih

mudah lupa

mengapa hati mahu kenal cinta
bila sering ditinggal terluka
mengapa hati mudah lupa
bila ada hati lain datang menyapa